Khamis, 10 Januari 2019

Teknik-teknik belajar dengan efisyen

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang tepat akan lebih senang mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem.Terdapat Lima belas kaedah belajar yang efisyen untuk membantu pelajar berhadapan dengan peperiksaan.


1) Tidak membuang masa biarpun seminit

Setiap pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang,masa pertukaran kelas,masa menunggu kenderaan dengan masa sebelum tidur.Mereka boleh membaca beberapa soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


2) Membawa buku kemana sahaja pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap hari.Sikap ini bukan bermakna kita harus membaca buku tersebut.Walaupun kita tidak membaca apa-apa,tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran.Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan Sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


3) Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.Pupukan semangat belajar awal pagi walaupun anda tidak berniat ingin membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.


4) Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda mudah.Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


5)Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang hendak anda lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.Jangan ikut perasaan.Walaupun anda tidak suka belajar pada masa tersebut,buka sahaja buku dan coba untuk membacanya.Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup,anda tidak akan cuai terhadap tanggungjawab belajar.Pastikan anda meluangkan masa untuk setiap matapelajaran  pada setiap hari jika anda mahu mencapai kecemerlangan dalam semua matapelajaran.


6) Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu.Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan.Selagi ada masa,anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca Walaupun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.Semakin banyak anda membaca,semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.


7) Jawab soalan tahun lepas

Pelajar cemerlang meluangkan masa untuk menjawab contoh soalan setiap hari.Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya.Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.


8) Sentiasa bertanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda.Walaupun anda sudah faham,anda masih anggapkan guru anda,kakak atau abang anda,kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


9)Fokus kepada matapelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik,luangkan masa yang lebih untuk ulangkaji.Elakkan memilih matapelajaran yang anda kurang suka.Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih.Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting.Jangan jadikan tidak faham,tidak ingat ataupun tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.


10) Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka.Tukar pendapat antara satu sama lain.Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka.Ini akan mengaktifkan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.


11)Menjadi contoh kepada adik-adik

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain.Beritahu mereka " jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan."Semakin anda memberi galakan kepada mereka,semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka.Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.


12) Imbangkan masa kokurikulum dan               akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan, jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokurikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik,anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah.Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari.Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi ,anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.


13) Belajar mengikut cara sendiri

Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang cemerlang dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengikut cara sendiri dan pastikan anda mematuhi cara tersebut. Jika anda seorang pelupa,pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang.Jika anda memerlukan bimbingan tambahan,dapatkan tuisyen.


14) Persiapan minda sebelum ulangkaji


Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak.Apa yang anda hendak capai.Apakah corak hidup yang anda inginkan.Apakah yang anda ingin berikan kepada ahli keluarga serta ibubapa sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.Adakah anda ingin mengharumkan nama keluarga dan negara anda?Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda?Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekedar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan, anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.


15) Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan.Beritahu diri anda," saya tidak relakan masa depan saya tergadai dengan perkara yang remeh-temeh ini." Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul,tuliskan pada kertas.Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan